Tampilkan postingan dengan label KISAH-KISAH. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label KISAH-KISAH. Tampilkan semua postingan

Firasat Tajam Orang-Orang Shaleh

KisahMuslim.com - Diceritakan bahwa Imam Syafi’i
dan Muhammad bin al-Hasan
pernah melihat seorang laki-laki.
Imam Syafi’i berkata,
“Sesungguhnya lelaki itu adalah
seorang tukang kayu.” Sedangkan Muhammad bin al-Hasan berkata,
“Sesungguhnya lelaki itu adalah
seorang pandai besi.” Lantas
keduanya bertanya kepada lelaki
tersebut tentang profesinya. Lalu
di menjawab, “Dulu saya seorang pandai besi dan saya sekarang
tukang kayu.” - Seorang laki-laki dari ahli
Alquran bertanya kepada seorang ulama, lalu sang ulama berkata kepadanya, “Duduklah, sungguh
saya mencium dari perkataanmu
bau kekufuran.” Setelah itu, lelaki
tersebut dimimpikan memeluk
agama Nasrani –wal’iyadzu
billah. Lantas ditanyakan kepadanya, “Apakah engkau hafal
sebagian dari Alquran?” Dia
menjawab, “Saya tidak hafal
Alquran kecuali hanya satu ayat,
yaitu firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala: “Orang kafir itu kadang-kadang
(nanti di akhirat) menginginkan,
sekiranya mereka dahulu (di
dunia) menjadi orang
muslim.” (QS. Al-Hijr: 2) - Abu Sa’id al-Kharraz berkata,
“Saya pernah melihat seorang
lelaki fakir di Masjidil Haram.
Dia tidak memiliki apa-apa selain
pakaian untuk menutupi auratnya,
lalu saya menghindar dan menyingkir darinya. Lantas dia
berfirasat tentang aku dan
berkata: “Ketahuilah bahwa Allah
mengetahui apa yang ada dalam
hatimu, maka takutlah kepada-
Nya.” (QS. Al-Baqarah: 235) Saya pun menyesal atas
tindakanku tersebut dan saya
beristighfar. Lalu dia berkata, “Dan Dialah yang menerima taubat
dari hamba-hamba-Nya dan
memaafkan kesalahan-kesalahan
dan mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” (QS. Asy-Syura: 25)

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauhdi pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yangtua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah penemanhidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnyapada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokokuntuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya,kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti. Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari takut disambar arus, merataplah ia mengenangkannasib. Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebutlalu turunlah ia bertanya,"Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?" Dengan nada perasaan takutdan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa yang berlaku. "Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa. Dengan sedih,jawab situa, "Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memilikikapak emas ini." Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidakjua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku.Si isteri turut bergembiradengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri situa itupun sihat.

Sang Monyet yang Degil

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahandan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amatkelaparan sekali. "Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih. "Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan", pinta Sang Monyet tadi. Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu. "Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil. "Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", seloroh Sang Monyet gembira. Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah SangMonyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranumdengan cili-cili yang merahmenyala. "Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya",tegah Sang Kura-kura. "Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil. "Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas. Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, "Pedas!!!, pedas!!!, air, air,mana air. Pedas!!!", Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyetberlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-gelengkan kepalamereka.

Sang Merak dengan Sang Gagak

Alkisah satu masa dahulu di dalam sebuah rimba yangpermai terdapat dua ekor burung yang bersahabat baik iaitu Sang Gagak dan Sang Merak. Pada masa itu Sang Gagak dan Sang Merak tidak mempunyai warna padabulu mereka apatah lagi corak yang menarik Disebutkan dalam kisah mereka, pada suatu hari sedang mereka bersiar-siardi rimba itu, mereka terjumpa dengan beberapa tong cat yang bermacam-macam warna. Lantas timbullah idea dalam diri Sang Gagak untuk menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan dirinya yang tidak berwarna berserta sahabat baiknya. Hal tersebut dipersetujui oleh Sang Merak yang juga mahukan warna pada badannya. Dia mengemukakancadangan untuk Sang Gagak melukis di badannya dulu sebelum dia pula mewarnakan badan Sang Gagak. Sang Gagak yang dikenali sebagai seekor binatang yang kreatif dan berbakat mula melukis corak dan mewarnakan badan sang Merak. Hasilnya Sang Merakkelihatan cantik dengan warna barunya. Sesudah itutibalah giliran Sang Merakuntuk mewarnakan badan Sang Gagak. Tetapi Sang Merak pula dikenali sebagai binatang yang tidak mempunyai bakatdan amat pemalas. Tanpa mahu memikir panjang, SangMerak terus mengambil cat hitam dan dicampakkannya ke arah badan Sang Gagak. Hasilnya tubuh Sang Gagak berwarna hitam legam keseluruhannya. Sang Merak yang kaget dengan kejadian itu terus melarikan diri. Setelah beberapa ketika Sang Gagaksudah tidak sabar untuk melihat dirinya yang baru.Dia berjalan cepat-cepat ke arah sungai berdekatan dan melihat dirinya pada riak air sungai tersebut. Alangkah terkejutnya sang Gagak apabila melihat dirinya yang berwarna hitam keseluruhannya dari atas hingga ke bawah. Dengan rasa marah yang teramat sangat Sang Gagak terus mencari Sang Merak yang sudah lari jauh ke dalam rimba itu. Begitulah ceritanya kenapagagak membuat bunyi, "akk, akk" singkatan kepada"merak, merak". Ada yang mengatakan Sang Gagak terus mencari Sang Merak hingga ke hari ini. Dan Sang Merak terus menyembunyikan diri dari Sang Gagak walaupun dia selalu bermegah-megah dengan kecantikannya.

Perlumbaan Sang Anab Dan Sang Kura-Kura

Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba. Tiba-tiba datang Sang Arnab yang memang terkenalantara binatang yang pantas di rimba itu. "Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?", kata Sang Arnab membuka bicara. "Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan", jawab Sang Kura-kura. "Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni,jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi", ejek Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang lemah. "Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura sambil terus berjalan meninggalkan SangArnab tadi. Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura sepertinya tidakterkesan akan sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada Sang Kura-kura dengan niat mahu mengenakan dan memalukannya. "Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau", "Tidak apalah Arnab", jawabSang Kura-kura ringkas. "Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga besok, aku tunggu dekat tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura. Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan SangKura-kura itu. Dengan SangKancil menjadi pengadilnya,perlumbaan yang dijadualkan bermula dari tebing sungai, menelilingi rimba dan tamat di tebing sungai kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta. Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula. Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Laludia memerhatikan kalau-kalau ada kelibat sang Kura-kura di belakangnya. "Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura, garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti belum memotong aku", fikir Sang Arnab. Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut. Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat. Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari menuju garisan penamat. "Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kurasudah memotong aku", getusnya sendiri. Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat kelihatanlah Sang Kura-kuramenerima ucapan tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni rimba.

SANG KANCIL DAN GAJAH

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya. Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini. " Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar. "Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang. Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah buat apa?" Tanya si Gajah. "Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil. "Dari apa?" Tanya gajah lagi. "Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil. Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah. "Masuk lah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini. " Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu. "Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.