Pada zaman dahulu
terdapat sebuah pekan
kecil yang sangat cantik
terletak di kaki bukit.
Pekan tersebut di kenali
Hamelyn. Penduduk di
pekan tersebut hidup
dengan aman damai,
tetapi sikap mereka
tidak perihatin terhadap
kebersihan. Pekan
tersebut penuh dengan
sampah sarap. Mereka
membuang sampah di
merata-rata menyebabkan
pekan tersebut menjadi
tempat pembiakan tikus.
Semakin hari semakin
banyak tikus membiak
menyebabkan pekan
tersebut dipebuhi oleh
tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran
dengan banyaknya dipekan
tersebut. Setiap rumah
tikus-tikus bergerak
bebas tanpa perasaan
takut kepada manusia.
Penduduk di pekan ini
cuba membela kucing
untuk menghalau tikus
dan ada diantara mereka
memasang perangkap
tetapi tidak berkesan
kerana tikus terlampau
banyak. Mereka sungguh
susah hati dan mati akal
bagaimana untuk
menghapuskan tikus-tikus
tersebut.
Musibah yang menimpa
pekan tersebut telah
tersebar luas ke pekan-
pekan lain sehinggalah
pada suatu hari seorang
pemuda yang tidak
dikenali datang ke pekan
tersebut dan menawarkan
khidmatnya untuk
menghalau semua tikus
dengan syarat penduduk
pekan tersebut membayar
upah atas kadar dua
keping wang mas setiap
orang. Penduduk di pekan
tersebut berbincang
sesama mereka diatas
tawaran pemuda tadi. Ada
diatara mereka tidak
bersetuju oleh kerana
mereka tidak sanggup
untuk membayar upah
yang sangat mahal.
Setelah berbincang
dengan panjang lebar
akhirnya mereka
bersetuju untuk
membayar upah seperti
yang diminta oleh pemuda
itu kerana mereka tidak
mempunyai pilihan lain.
Keputusan tersebut
dimaklumkan kepada
pemuda tadi, lalu dia
mengeluarkan seruling
sakti dan meniupnya.
Bunyi yang keluar dari
seruling itu sangat
merdu dan mengasik
sesiapa yang
mendengarnya. Tikus-
tikus yang berada
dimerata tempat didalam
pekan tersebut mula
keluar dan berkumpul
mengelilinginya. Pemuda
tadi berjalan perlahan-
lahan sambil meniup
seruling sakti dan
menuju ke sebatang
sungai yang jauh dari
pekan tersebut. Apabila
sampai ditepi sungai
pemuda tadi terus masuk
kedalamnya dan diikuti
oleh semua tikus.Tikus-
tikus tadi tidak dapat
berenang didalam sungai
dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah
bebas daripada serangan
tikus dan penduduk
bersorak dengan
gembiranya. Apabila
pemuda tadi menuntut
janjinya, penduduk
tersebut enggan
membayar upah yang
telah dijanjikan kerana
mereka mengangap kerja
yang dibuat oleh pemuda
tadi tidak sepadan
dengan upah yang diminta
kerana hanya dengan
meniupkan seruling
sahaja. Pemuda tadi
sangat marah lalu dia
menuipkan seruling
saktinya sekali lagi.
Irama yang keluar dari
seruling itu sangat
memikat hati kanak-kanak
menyebabkan semua
kanak-kanak berkumpul di
sekelilingnya. Satelah
semua kanak-kanak
berkumpul pemuda tadi
berjalan sambil
meniupkan seruling dan
diikuti oleh semua
kanak-kanak. Pemuda itu
membawa kanak-kanak
tersebut keluar dari
pekan Hamelyn. Setelah
Ibu Bapa menyedari
bahawa mereka akan
kehilangan anak-anak,
mereka mulai merasa
cemas kerana kanak-kanak
telah meninggalkan
mereka dan mengikuti
pemuda tadi. Mereka
mengejar pemuda tadi
dan merayu supaya
menghentikan daripada
meniup seruling dan
memulangkan kembali
anak-anak mereka. Merka
sanggup memberi semua
harta benda yamg ada
asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak
mereka.
Rayuan penduduk tidak
diendahkan oleh pemuda
tadi lalu mereka
membawa kanak-kanak
tersebut menuju kesuatu
tempat dan apabila
mereka sampai disitu
muncul sebuah gua
dengan tiba-tiba. Pemuda
tadi mesuk ke dalam gua
itu dan diikuti oleh
kanak-kanak. Setelah
semuanya masuk tiba-tiba
gua tersebut gaib dan
hilang daripada
pandangan penduduk pekan
tersebut. Mereka tidak
dapat berbuat apa-apa
oleh kerana mereka telah
memungkiri janji yang
mereka buat. Merka
menyesal diatas
perbuatan mereka tetapi
sudah terlambat. Sesal
dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini
penduduk pekan Hamelyn
tidak melupakan
kesilapan yang dilalukan
oleh nenek moyang
mereka. Menepati janji
adalah pegangan yang
kuat diamalkan oleh
penduduk pekan Hamelyn
sehingga hari ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar