Tersebutlah kisah nun
jauh di pedalaman,
tinggalnya seorang
pemotong kayu yang tua
dan miskin. Adapun
kemampuannya hanyalah
mencari rezeki dengan
menebang pokok yang
sederhana besarnya untuk
dijual sebagai kayu api.
Hanya isterinyalah
peneman hidup saban hari
tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita,
takdirnya pada suatu
pagi, pergilah si tua
tersebut jauh ke hutan
untuk menebang pokok
untuk dibuat kayu api.
Tidak seperti
kebiasaannya, kali ini si
isteri tidak dapat
menemani si suami
kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua
seorangan awal pagi
sebelum terbit mentari
untuk mencari kayu api.
Seharianlah si tua
menebang pokok dengan
kapak besinya yang telah
uzur seuzur usianya.
Sehinggalah kepenatan
tidak jua dia berhenti.
Tiba-tiba genggamannya
semakin lemah lalu
terlepas kapak
kesayangan dari
tangannya lalu termasuk
kedalam sungai yang
dalam. Menangis sayulah
si tua kerana kehilangan
kapak yang menjadi punca
rezeki. Hendak terjun
mencari takut disambar
arus, merataplah ia
mengenangkan nasib.
Maka bersimpatilah pari-
pari dilangit melihat
kegundahan si tua
tersebut lalu turunlah
ia bertanya, "Wahai
orang tua. Kenapa
bersedih hati?"
Dengan nada perasaan
takut dan terkejut,
orang tua tersebut
menceritakan apa yang
berlaku.
"Baiklah, akan kubantu
mencari kapak engkau
yang tenggelam." Lalu
dengan serta merta
terjunlah si pari-pari
ke dalam sungai. Selang
beberapa minit timbul
lah kembali si pari-pari
sambil mebawa kapak
emas lalu dihulur kepada
situa. Dengan sedih,
jawab situa, "Bukan. Ini
bukan kepunyaan hamba.
Tidak mampu hamba
memiliki kapak emas
ini."
Lalu terjunlah sekali
lagi si pari-pari ke
dalam sungai dan timbul
kembali bersama kapak
perak. Tidak jua mengaku
si tua kerana itu bukan
kapak miliknya. Sekali
lagi si pari-pari terjun
lalu membawa pula kapak
gangsa. Tidak juga si
tua itu menerimanya
sehinggalah si pari-pari
membawakannya kapak
besi yang uzur.
Maka apabila terpandang
akan kapak itu,
giranglah hatinya kerana
itulah kapak miliknya.
Lalu si pari-pari
menyerahkan kapak
tersebut kepada si tua.
Sebagai balasan
kejujurannya kapak emas,
perak dan gangsa turut
dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan
hati yang gembira.
Sesampainya ke rumah
lalu diceritakan kepada
isterinya apa yang
berlaku. Si isteri turut
bergembira dengan
kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri
si tua itupun sihat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar