SANG MONYET YANG GEDIL

Pada suatu hari Sang
Kancil sedang berjalan-
jalan di kebun buah-
buahan dan sayur-
sayurannya bersama
rakannya Sang Kura-kura.
Sedang asyik mereka
menikmati buah-buahan di
situ, tiba-tiba datang
Sang Monyet yang
kelihatan amat kelaparan
sekali.
"Tolong, tolong, aku
amat lapar sekali. Sudah
beberapa hari aku tak
makan", kata Sang Monyet
dengan sedih.
"Bolehkah kiranya kamu
berdua berikan sedikit
buah-buahan untuk aku
makan", pinta Sang
Monyet tadi.
Sang Kancil dan Sang
Kura-kura berasa amat
sedih dan kasihan
melihat keadaan Sang
Monyet seperti itu.
"Baiklah Monyet, ambillah
apa saja yang kau mahu",
kata Sang Kancil.
"Terima kasih Kancil,
terima kasih Kura-kura",
seloroh Sang Monyet
gembira.
Melihatkan pepohon buah-
buahan yang merimbun di
hadapannya, mulalah Sang
Monyet berasa tamak.
Tiba-tiba dia ternampak
akan pokok cili yang
ranum dengan cili-cili
yang merah menyala.
"Aku mahu itu, aku mahu
itu!", teriak Sang
Monyet.
"Jangan Monyet, nanti
kau yang menanggung
pedihnya", tegah Sang
Kura-kura.
"Betul tu Monyet,
pilihlah buah yang lain",
sokong Sang Kancil.
"Ah, aku tak peduli. Aku
mahu buah itu juga",
kata Sang Monyet tegas.
Dengan tidak
mempedulikan amaran
Sang Kancil dan Sang
Kura-kura, Sang Monyet
terus meluru ke arah
pokok cili. Dia memetik
cili-cili yang merah
menyala itu dan terus
memakannya dengan
gelojoh.
Tiba-tiba Sang Monyet
menjerit,
"Pedas!!!, pedas!!!, air,
air, mana air. Pedas!!!",
Dengan muka yang merah
kerana menahan Sang
Monyet berlari mencari
air bagi menghilangkan
pedas di lidahnya itu,
sambil Sang Kancil dan
Sang Kura-kura
menggeleng-gelengkan
kepala mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar