Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauhdi pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yangtua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah penemanhidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnyapada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokokuntuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya,kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.
Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari takut disambar arus, merataplah ia mengenangkannasib.
Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebutlalu turunlah ia bertanya,"Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?"
Dengan nada perasaan takutdan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa yang berlaku.
"Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa. Dengan sedih,jawab situa, "Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memilikikapak emas ini."
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidakjua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku.Si isteri turut bergembiradengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri situa itupun sihat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar