GAGAK DENGAN KENDI

Tibalah pada suatu
musim yang sangat
kering, di mana
semua haiwan sukar
untuk mendapatkan
air sebagai minuman.
Seekor burung
gagak terjumpa
sebuah kendi yang
berisi sedikit air.
Kendi tersebut
bermulut kecil dan
tinggi. Burung gagak
tidak dapat
mencapai air
tersebut. Dia
berfikir mahu
membaringkan kendi
itu tetapi burung
gagak khuatir air
yang hanya tinggal
sedikit akan tumpah.
Burung gagak tetap
berusaha dan
berfikir.
Tiba-tiba sebiji buah
yang kecil terjatuh
dari pokok di atas
kendi itu terus
masuk ke dalam
kendi. Sang gagak
mendapati air di
dalam kendi itu
semakin menaik.
Sang gagak
mendapat satu akal.
Dia lalu mengambil
batu-batu kecil
berdekatan kendi,
dan menjatuhkannya
ke dalam kendi satu
persatu. Setiap kali
burung gagak itu
memasukkan batu-
batu kecil ke dalam
kendi, permukaan air
dalam kendipun
beransur-ansur
naik dan bertambah
tinggi hingga
akhirnya air
tersebut dapat
diminum oleh sang
gagak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar