ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG

Suatu hari seekor
anjing terjumpa
dengan tulang yang
besar. Anjing
sangat gembira lalu
berlari-lari pulang
ke rumahnya sambil
menggonggong
tulang itu.
Di dalam perjalanan,
anjing melalui sebuah
titi pada sungai
yang dalam dan
sangat jernih.
Anjing memandang
ke arah sungai di
bawahnya dan
ternampak bayang-
bayangnya yang
disangkakan anjing
lain yang juga
membawa tulang.
Kerana tamakkan
tulang itu, anjing itu
menyalak dan
menerkam ke arah
anjing di dalam
sungai. Akibatnya,
anjing itu basah
kuyup dan tulang di
dalam mulutnya
terlepas ke dasar
sungai.
Anjing menyesal
kerana terlalu
tamak, akibatnya dia
yang rugi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar