Pak Pandir suami
Mak Andih dan
mereka berdua
tinggal di rumah
buruk. Keadaan itu
menyebabkan Mak
Andih risau kerana
apabila hujan air
masuk melalui atap
rumah mereka yang
bocor. Mereka selalu
basah dan
kesejukan. Mak
Andih cuba memujuk
Pak Pandir supaya
membaiki rumah
mereka.
“Eh, manalah saya
tahu! Itu kerja
tukang rumah,”
kata Pak Pandir
cuba berdalih. Mak
Andih mendapat
satu akal, dia
membuat sebatang
lorong yang bermula
dari rumah mereka.
Lorong itu berbelit-
belit merentas
semak dan belukar
yang akhirnya
lorong itu sampai
semula ke rumah
mereka.
Esoknya, Mak Andih
meminta Pak Pandir
mencari kerja dan
katanya, ada orang
di hujung kampung
mencari tukang
rumah. Dia hendak
membaiki rumahnya
yang sudah buruk
dan Mak Andih pun
menyuruh Pak
Pandir bekerja di
sana dan lama-lama
Pak Pandir
bersetuju. Maka,
berjalanlah Pak
Pandir mengikut
lorong itu hingga
sampai ke sebuah
rumah buruk.
Pak Pandir pun
membaiki rumah itu
dan bekerja dengan
tekun. Dia menukar
atap yang bocor,
mengganti dinding
yang kopak dan
memaku semula
lantai yang roboh.
Sepekan dia bekerja
keras, tuan rumah
melayannya dengan
baik dan
menghidangkan Pak
Pandir makanan dan
minuman.
Pada hari yang
kelapan, rumah itu
siap dibaiki dan
rupanya seperti
rumah baru. Pak
Pandir mendapat
upah yang lumayan
dan dia berlari-lari
pulang. Dia
menunjukkan wang
upahan kepada Mak
Andih isterinya.
Tiba-tiba Pak
Pandir hairan dan
dia memandang ke
sekeliling.
“Eh, Andih! Rumah
kita sudah dibaiki?
Siapa yang baiki?
Siapa tukangnya?”
tanya Pak Pandir.
“Ya, bang. Rumah
kita sudah pun
dibaiki. Tukangnya
tak lain tak bukan
ialah Pak Pandir!”
jawab isterinya
ketawa terkekeh-
kekeh.
‘Apa! Saya yang
membaiki rumah
ini?” tanya Pak
Pandir sambil
menggaru kepala.
Dia pun akhirnya
ikut tertawa
terkekeh-kekeh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar